21 Jun 2012

Ukhwah Fillah

saje letak gambar ni, tiada kaitan dengan artikel ini.. ;)


Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillahirabbil'Alamin.. segala pujian hanyalah bagi Allah S.W.T. yang sudi meminjamkan segala nikmat yang sangat besar.. Allah.. tidak mampu untuk dikira satu persatu... Terima kasih ya Allah..

Syukur juga, semasa di kampus, aku selalu bertemu dengan sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan diriku kepada Allah.. Aku selalu meminta nasihat daripada mereka setiap kali berjumpa. Aku selalu merasakan sangat-sangat rendah diri bila aku bersama dengan mereka.. Masih kurang amat amalku, masih kurang amat ibadatku, masih kurang amat taqwaku kepada Allah S.W.T.

Aku selalu rasa yang aku ini tidak layak untuk berkawan dengan mereka, kerana mereka semuanya sangat baik denganku. Tapi sebenarnya perasaan ini hanya tersimpan jauh dilubuk hati, kerana apabila aku bertemu dengan mereka, aku akan jadi ceria. Habis terbang segala masalahku.. terima kasih sahabat-sahabat..

Setelah dalam 3 bulan aku meninggalkan alam kampus di USM, sehingga kini, aku amat rindukan suasana tarbiyah, sahabat-sahabat yang selalu mengingatkan diriku kepada Allah, dan yang sentiasa menaikkan motivasiku untuk taat beribadah..

Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas, Allah izin aku berjumpa dengan seorang sahabatku yang telah 3 tahun kami tidak bersua. Ya Allah, tidak dapat aku gambarkan perasaan itu.. Dia benar-benar mengingatkan aku padaMu ya Allah..aku sangat-sangat bersyukur kerana Engkau anugerahkanku sahabat yang mengingatkan aku kepadaMu..

Dan kami saling menasihati antara satu sama lain. Sahabat, saat engkau meminta nasihatku, aku sangat-sangat minta maaf, kerana aku tidak mampu memberikannya. Aku hanya mampu memberikan nasihat yang tidak sebaik nasihat yang kau berikan padaku.. Aku minta maaf.. Saat kau mengeluh lemahnya imanmu saat itu, aku juga merasakan yang sama. Kita sama-sama saling menguatkan kembali antara satu sama lain.. Dan perasaan itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sungguh indah ya Allah.. sangat-sangat indah. Aku amat bersyukur dikurniakan teman sepertimu..

Aku akan selalu berdoa untukmu teman, untuk kita, agar sama-sama dipelihara olehNya, sentiasa kuat dalam menghadapi mehnah dan tribulasi perjuangan ini.. Allahuakbar..

Aku amat ingin ukhwah antara kita tidak berakhir di sini..Semoga ianya kekal hingga ke syurga. Dan Allah redha dengan kasih sayang yang terjalin antara kita, ikhlas semata-mata untuk menggapai REDHA-NYA..

Ya Allah, Kau jagalah sahabatku ini baik-baik ya Allah begitu juga seluruh keluarganya, kerana aku tidak mampu menjaganya sebaik jagaanMu.. kuatkanlah hati kami, kuatkanlah iman kami, tingkatkanlah taqwa kami kepadaMu...kerana, kami mahu bertemu denganMu dalam keadaan Engkau redha kepada kami Ya Allah..

Redhailah ukhwah ini.. Ameen ya Rabbal 'Alamin..

Tiada ulasan: