05 Mei 2012

untuk ummah!

bismillah..

Assalamualaikum wbt, buat pembaca2 blog yg tidak seberapa ini... hanya nak berkongsi sesuatu tentang apa yang saya belajar sejak memulakan perniagaan.

At first, sy belajar about positive thinking. ya, memang kita sentiasa didedahkan tentang pentingnya untuk sentiasa bersangka baik dll, tapi bagaimana praktikkan dan sejauhmana kita boleh istiqamah?

Orang yang berjaya adalah org yg positif. Disini, saya ingin menyentuh sedikit tentang Konvensyen Jutawan Muslim yg saya hadiri beberapa hari yg lalu. Disana, ada 13 orang jutawan yang dijemput dan saya cuba belajar dari kesemuanya. Rata-ratanya, kesemua jutawan2 ini adalah org yg positif, paling saya terkesan adalah dengan kata2 Dato' Hussamuddin Yaacob, Jutawan Karangkraf Group iaitu "setiap masalah ada opportunity".

Berapa ramai antara kita yang hampir quit daripada sesuatu pekerjaan apabila ada masalah yg menimpa? Jujurnya, saya juga pernah hampir nak give up, bila masalah dtg bertalu2, tapi bila saya ubah cara saya berfikir iaitu melihat masalah itu sebagai cabaran, dan mohon kekuatan drpd Allah S.W.T., alhamdulillah, saya termotivasi utk cabar diri sendiri utk selesaikan masalah2 itu.

Ringkasnya, bila kita ubah cara kita berfikir, kita akan melihat dunia ini dengan cara yg berbeza.

Selain itu, antara statement beliau yang agak menarik utk dikongsi adalah pendiriannya dalam bisnes iaitu tiada jalan short cut utk berjaya. beliau amat tidak bersetuju dengan Dr. Mahathir tentang bantuan pinjaman yg diberikan kepada rakyat khususnya org melayu sebanyak beratus2 ribu ringgit, bagi yang tiada pengalaman langsung dalam berniaga, mereka dengan mudah mendapat pinjaman utk memulakan perniagaan, dan seperti yang kita ketahui, tanpa ilmu dan pengalaman, perniagaan kita takkan pergi lama. Berapa ramai usahawan2 melayu yang jatuh dalam perniagaan dan rata2nya kebanyakan tidak mahu belajar utk memulakan bisnes dari kecil2an dahulu, kemudian barulah bersar2an. Hadirin yang hadir ketika itu bertepuk tangan mendengar statement jutawan ini tentang pendapatnya terhadap Dr. Mahathir.

Menurut Tan Sri Muhammad Ali Hashim pula, salah seorang jutawan jihad bisnes, beliau amat komited untuk membudayakan bisnes dalam kalangan masyarakat. Antara pantun2 beliau yang saya kira amat menarik untuk dikongsi disini adalah

"timang tinggi-tinggi jangan sampai jatuh tangga,
belum tumbuh gigi dah pandai berniaga"

pantun ini jika anda perasan, ia adalah drpd pantun "timang tinggi2 sampai cucur atap........" kan? Beliau merevolusikan pantun ini untuk menasihati kami akan pentingnya menerapkan bisnes dalam minda kanak2 semenjak mereka bayi lagi..satu pantun lagi

"buai laju-laju dibawah pokok mangga,
bila melayu maju boleh tolong bangsa"

walaupun pantun ini kedengaran seperti assabiyah sedikit, tapi hakikatnya memang begitu, siapa lagi yang nak tolong bangsa kita sendiri kalau bukan kita..

Rata-ratanya semua orang melayu beragama Islam dan menurut Tan Sri MAH, amat menyedihkan sekali bilamana sebahagian besar orang Islam adalah MISKIN. Ini adalah realiti. Cuba kita lihat statistik yang beliau berikan ini, 2% orang yg terkaya di dunia memiliki 51% harta kekayaan dunia, dan 50% baki manusia lagi hanya memiliki 1% daripada kekayaan dunia. can we imangine, betapa pentingnya org kaya dlm membangunkan ekonomi dunia?

Akhir sekali yang ingin saya kongsikan adalah, apakah makna sukses pada diri kita? Menurut Prof. Dato' Dr. Ar. Asiah Abd Rahim, sukses itu adalah bila kita fokus buat sesuatu kerja sampai habis dan kita berpuas hati dengannya!

Kesimpulannya di sini, saya perlu fokus dan berusaha bersungguh2 membangunkan perniagaan saya, mindset kena POSITIF, saya kena mengamalkan Law of Attraction agar melalui perniagaan saya sekarang, saya boleh meningkatkan ekonomi diri, keluarga dan ummah.

Secara peribadi, saya ada banyak plan untuk bangunkan ummah. ya Allah, tolong mudahkan kami menggalas misi besar ini.

Rabbi Yassir wala Tu'assir!

Tiada ulasan: