23 Oktober 2012

Dakwah?

          Jangan sesekali tertipu dengan penampilan kita, bertudung labuh itu bukan menunjukkan kau seorang yg alim, bukan seorang yang solehah.. adakalanya kau merasakan dirimu lebih baik dari org lain.. mudah benar syaitan itu membuat tipudaya dalam hatimu.. hati-hatilah menjaga hati.. kadang2 aku rasa, biarlah tudung tak labuh pun, asalkan betul2 dapat jaga keakraban hati dengan sang khalik. oh, perasaan itu amatlah indah~ walaubagaimanapun tudung itu tetap tak salah. bermujahadahlah dalam menjaga hati. Sungguh, Allah tak lihat rupa parasmu, penampilan luaranmu yang mampu menipu mata2 yg memandang.. tapi apa yg Allah lihat adalah hatimu..HATI DAN AMALMU.

          Ayuhlah membawa seramai mungkin manusia kembali kepada Allah.. bukan membawa mereka kepada kita utk mengajak mereka menyertai kita dlm kumpulan2 tertentu. ajak mereka kembali kepada Allah itu yg lebih utama, kemudian jika mereka mahu mengikut kita atas dasar kefahaman, itu terserah.

          Dakwah itu, satu jalan juang yang panjang. Bukan kita pemula, dan bukan jua pengakhir. Namun, biarlah kita berada di atas jalan itu sehingga kita syahid di jalanNya. Bukankah itu idaman jiwa2 yang rindukan Tuhannya?

          Dakwah itu, bukanlah hanya terletak di bahu ustaz2 dan ustazah2 shja.. tapi, ia terpikul di bahu semua org. Bukankah kekasih kita Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat." Hakikatnya, kalau kita buka mulut untuk bersembang perkara2 yg lagha itupun sudah berayat2 keluar, sampai boleh buat esei(karangan)~ :) Tapi, alangkah indahnya jika semua yg keluar drpd mulut kita itu semuanya yg bermanfaat shja? Doakan aku teman.. :')

          Aku sungguh tertarik dgn kata Hilal Asyraf semasa konvensyen fiqh dakwah, kalau kita takda bakat dalam menulis, ataupun melukis, dll sekalipun..kita still ada modal yg lain iaitu DIRI KITA. Apakah selemah2 cara berdakwah? Itulah menunjukkan akhlak yg baik.. Allah.. inilah yg susah sgt kan.. Tapi, takpa, jomlah kita sama2 memulakan langkah ke arah itu..

Kembalilah kepada Allah.

Tiada ulasan: