02 Januari 2010

tukang gunting rambut


Pada suatu hari, seorang pemuda pergi ke kedai gunting rambut. Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut itu mengenai banyak perkara dan tiba ke perbincangan berkaitan Tuhan.
“saya tidak percaya kewujudan Tuhan,” kata tukang gunting rambut.

“kenapa awak kata begitu?” Tanya pemuda itu dengan nada terperanjat.

“mudah saja. Saudara keluar dari kedai ini, perhatikan di jalan dan saudara bersetuju dengan saya. Sekiranya Tuhan wujud, kenapa ada orang yang sakit? Kenapa ada anak-anak yg terbiar? Sekiranya benar Tuhan wujud, pasti tidak ada kesengsaraan. Saya yakin Tuhan tidak membiarkan sahaja perkara sedemikian.”

Pemuda itu senyap sahaja kerana dia tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang menggunting rambut.

Selepas itu, pemuda itu pun meninggalkan kedai tersebut. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki di jalanan yg kusut-masai. Rambutnya panjang tidak terurus seperti memang sudah lama tidak mengguntingnya.

Pemuda itu kembali masuk ke kedai gunting rambut tadi. “Awak tahu sesuatu? Saya tidak rasa tukang gunting rambut wujud!”

“eh, bagaimana pula?” Tanya tukang gunting rambut tadi. “saya seorang tukang gunting rambut dan saya ada di sini!”

“tidak!” Pemuda itu menafikan. “ mereka tidak wujud kerana jika mereka wujud, sudah tentu tidak ada manusia yg berambut panjang seperti lelaki di jalanan itu.”

“Ah, begitu rupanya. Habis, mereka yang tidak datang mencari saya?”

“tepat sekali!” jawab pemuda itu dengan sebuah senyuman. “Tuhan memang wujud cuma manusia yang tidak mencariNya. Sebab itulah wujudnya banyak kesakitan dan penderitaan di dunia ini.?”

Tiada ulasan: