Saat wanita hampir kehilangan maruah diri, hilang malunya, tanpa segan silu memaparkan gambar-gambar di fb, dengan gaya penuh menggoda dan sebagainya, hari ini, wanita, muslimah di palestin sedang gigih berjihad, membantu keluarga mereka, suami, anak-anak mereka untuk memperjuangkan islam hatta dengan nyawa mereka..
Mengapa hari ini, MALU yang sepatutnya menghijab diri seolah-olah terkikis habis dek nafsu, fesyen dan sebagainya? Apa yang dikejarkan sebenarnya. Penulis sebenarnya sedikit sebanyak menasihati diri penulis juga.. dek kerana tidak tahan dengan sikap-sikap segelintir wanita yang tanpa segan silu menyerahkan diri kepada buat hati mereka.
Sedarkah kamu wahai wanita sekalian, lelaki-lelaki di sana suka melihatmu bukan kerana ingin menjadikanmu sebagai isteri mereka, sebaliknya mereka sebenarnya lebih kepada mengambil kesempatan saja.. Mengapa engkau begitu mudah percaya kepada mereka? Bukankah islam telah menggariskan bahawa, wanita dan lelaki ada batas-batas yang harus dijaga.. Hanya beberapa urusan saja yang menghalalkan interaksi antara lelaki dan wanita. Sebagai contoh jual beli dan lain-lain. Sedarlah wahai saudariku.. Engkau begitu penting untuk membentuk generasi akan datang. Engkau begitu penting saudariku..
Aku begitu kasihan malah sedih dengan situasi ini. Setelah Allah menurunkan ketetapanNya kepada kita, layakkah kita memilih ketetapan yang lain? Allah lebih tahu atau kamu yang lebih tahu? Hari ini, wanita benar-benar diekspoitasi. Di kaca-kaca televisyen, iklan-iklannya, pasti ada wanita.. Janganlah kamu tertipu saudariku.. Bangkitlan, perbaiki dirimu menjadi hamba yang Allah cinta. Ya, memang bukan mudah sayang, tapi tidak mustahilkan? Bangkitlah sedikit demi sedikit. Kerjakanlah solat yang pernah kau abaikan suatu masa dulu.. Kerjakanlah dengan sungguh-sungguh. Bertaubatlah, ketahuilah olehmu wahai saudariku, "sesungguhnya KASIH SAYANG ALLAH S.W.T. mendahului KEMURKAANNYA.. Kembalilah kepadaNya semula..
Allah begitu merinduimu.. rindu untuk mendengar rintihanmu, rindu untuk mendengar segala permasalahanmu. kembalilah kepadaNya semula saudariku.. Sungguh, Allah mencintai orang-orang muda yang bertaubat(menyucikan diri). Aku juga seorang wanita, wanita yang biasa-biasa saja. Tapi aku berusaha, untuk menjadi wanita yang luar biasa. Ya, aku sedang memperbaiki diri juga. Agar menjadi hamba yang Allah cinta. Semakin aku mendekatiNya, semakin aku diuji.. kadang-kadang aku rebah. kerap benar rebah seingat aku.. tapi aku cuba untuk bangkit semula.. aku cuba, kerana aku yakin, Allah sentiasa bersama-sama denganku..
Wahai saudariku, janganlah kau terpedaya dengan nafsumu.. ia selalu menipumu.. Kerjakanlah solat, selalulah membaca al-Quran bersama maknanya..Perbanyakkan zikir.. Ya, iman kita turun dan naik, bila turun, cepat-cepatlah naik semula.. Aku tahu, ia amat payah. tapi berusahalah saudariku.. bukankah SYURGA ITU MANIS.. Mana mungkin engkau menginginkan syurga, tapi dengan amalan ahli neraka.. pantaskah?
Renungan, mungkin ini sajak dari wanita yg berada di Palestin.. dan mungkin juga, kita sebagai wanita boleh sama-sama mencuri semangat jihad wanita ini... Semoga Allah meredhai.. Semoga kita semua mampu menjadi wanita sehebat ini.. Aminn..
Renung-renungkan dan selamat beramal.. (^^,)
Aku Wanita Mujahidah Sejati…
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad..
Bilakah khan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad..
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad..
Aku selalu siap dengan semua syarat yang diajukannya..
cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah
Tak mungkin ku pilih dirimu.. .bila dunia lebih kau damba…
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam..
Hidup terasing apa adanya.. asalkan di akhirat bahagia…
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku…
Bulat tekadku untuk menemanimu…
Aku Wanita mujahidah pilihan…
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad…
Bilakah khan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an…
Kelak bersamanya kuarungi bahtera lautan jihad…
Andai tak siap bisa kau pilih…
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik,
terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku…
terlebih keluh kesahku…
Tak mungkin aku memilihmu…
bila yang fana lebih kau cinta…
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota…
lezatnya makanan dan lajunya makar durjana…
Sebab meninggalkan dakwah karena lebih mencintaimu…
dan menanggalkan pakaian taqwaku karena laranganmu…
Meniti jalan panjang di medan jihad…
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah…
serta debu yang beterbangan,
keringat luka dan kesyahidan pun terulang…
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu…
Teguhkan `azzam`ku tuk lupa akan dirimu…
Aku wanita dari bumi Jihad…
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad…
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan…
tepiskan semua mimpi yang tak berarti…
Adakah yang siap mendamaikan Hati ??
Karena tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri…
tanpa peneguh langkah kaki.. pendamping perjuangan…
Yang melepasku dengan selaksa do`a…
meraih syahid… tujuan utama…
Robbi… terdengar panggilanMu tuk meniti jalan ridhoMu…
Kuharapkan penolong dari hambaMu… menemani perjalanan ini…
by marwan hadid
http://www.arrahmah.com/forum/viewthread/7/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan