22 Oktober 2010

Diari hati Seorang Lelaki


Puteri Idamanku Adalah Seorang Wanita Yang Beriman,
Yang di hatinya Disalut Rasa Taqwa kepada Allah swt
Yang Di Jiwanya Penuh Penghayatan Terhadap Islam
Yang sentiasa Dahagakan Pahala

Yang solatnya Adalah maruah Dirinya
Yang Tidak pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak pernah Gentar Melawan Hawa Nafsu
Yang Sentiasa Bersama Golongan Yang Berjuang Di Jalan Allah

Puteri Idamanku Adalah seorang Wanita Yang Menjaga Tutur Katanya
Yang Tidak Pernah Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Pernah Bermegah Dengan Harta Dunia Yang dicarinya
Yang Mempunyai Ramai Kawan dan Tidak Mempunyai Musuh

Puteri Idamanku adalah seorang Wanita Yang Menghormati Ibunya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Orang Tua Dan Keluarganya
Yang Bakal Menjaga Kerukunan Rumah Tangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anaknya Ilmu Duniawi Dan Ukhrawi
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Baginya Hidup
Adalah Mahligai Persinggahan Sementara Menuju Ke Negeri Abadi


Puteri Idamanku Sentiasa Bersedia Menjadi Srikandi Islam
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran dan Mencontohi Akhlak Rabiatul Adawiyah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Menjaga Matanya Daripada Berbelanja
Yang Sujudnya Penuh Dengan Kesyukuran Dengan Rahmat Allah swt Ke Atasnya


Puteri Idamanku Tidak Pernah Membazir Masa
Matanya Penat Kerana Penatnya Membaca
Suaranya lesu Kerana Penat Mengaji dan Berzikir
Tidurnya Lena Diulit Sinar Keimanan
Bangun Subuh Dengan Penuh Kecergasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Dengan Penuh Kematangan

Puteri Idamanku Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan perlu Dibajai dan Dijagai
Agar Kelak Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik
Meneruskan perjuangan Islam Di Hari kemudian

Puteri Idamanku Adalah Seorang wanita Yang Tidak terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia mengimpikan Syurga Yang Abadi
Di Situlah Mahligai Kasih Idamannya Dan Dia Akan Membawa Daku Bersamanya
Dialah Puteri Idamanku
Moga Aku Akan Dipertemukan Dengannya
In sha’ Allah

Tiada ulasan: