07 April 2010

mencari cinta..



FITRI: Fahmi, boleh tolong aku tak? Aku rasa buntu betullah…

Fahmi: apa dia? Sekiranya boleh, aku tolong…

Fitri : Macam mana nak dapat rasa cinta pada Tuhan? Aku rasa hina. Dia selalu ingatkan supaya kita manusia ini, mencintai Tuhan lebih daripada segalanya. Tetapi aku, hendak letakkan Dia setaraf dengan cinta aku pada kekasihku pun susah, apatah lagi lebih daripada itu. Aku rasa macam helpless, kau tau?

Fahmi : Oh…(senyum saja)

Fitri : Aku sayangkan kekasih aku. Disebabkan dia, aku faham semua mengenai cinta manusia ini yang aku tidak pernah rasa sebelum ini. Nikmat cinta itu…uish! Tidak boleh hendak cakap bagaimana. Tetapi aku rasa tak selesa. Aku rasa bersalah. Aku seperti sudah menzalimi Dia, tidak meletakkan Dia di tempat yang sepatutnya…


Fahmi : Ok…(angguk)

Fitri : Aku nak tahu bagaimana rasanya cinta Tuhan seperti aku faham cinta manusia…aku pernah cinta pada nabi apabila mendengar kisah beliau dalam menyampaikan dakwah. Bermula daripada awal kehidupan, beliau sudah diuji dengan kematian ayah dan ibu, datuk dan kemudian bapa saudara. Pada masa beliau memerlukan sokongan bagi menghadapi segala kesukaran, isteri beliau, khadijah pula pergi menghadap Tuhan.


Fahmi : (Senyum)

Fitri : Sampai ke nafas terakhir, nabi masih risaukan umatnya. Roh sudah sampai ke leher, masih sebut “ummati, ummati,ummati.” Aku rasa sebak , fahmi! Tetapi aku rasa macam tidak lengkap kerana aku tidak dapat berasa begitu pada Tuhan. Aku rasa sedih mengenangkan ketidakupayaan aku ini.


Fahmi : Fitri, tahniah kerana kau begitu bersungguh hendak mencari cinta Tuhan. Tidak ramai orang yang berfikir seperti kau. Aku pun jika kau tidak cakap, aku tidak ingat.Tidak berfikir. Aku bangga dengan kau.


Fitri : Aku kesal tidak menunjukkan apa-apa yang aku cintakan Dia. Para ustaz memilih hidup sebagai ustaz, berdakwah, menyampaikan ajaran Tuhan kerana mereka cintakan Tuhan. Cat Steven, memilih menjadi Yusof Islam kerana dia cintakan Tuhan. Kumpulan Raihan tidak mengharapkan glamor sebagai artis, lebarkan sayap kembara serata dunia, sebab cintakan Tuhan. Aku? Apa yang aku sudah buat? Sedangkan dalam hati ini pun masih tidak tenang.



Fahmi : Fitri, kau perlu ingat, tuhan tidak mengukur tingginya nilai manusia pada luaran. Bukan pada harta dan rupa. Tetapi dalam hati kita. Siapa tahu bagaimana hati kita selain kita dan Dia? Takda orang lain yang tahu.


Fitri : (mula mendengar)


Fahmi : iman kita ini turun naik. Suatu hari kita tangiskan apa yang kita sudah buat selama ini. Suatu hari pula, kita membuat maksiat, macam tidak ingat Tuhan. Kau tidak boleh bandingkan hati kau dengan hati kau yang kau sebut itu. Memang pada kita mereka hebat kerana daripada luarnya seperti sudah capai apa yang terbaik di sisi Tuhan. Tetapi kita tak pernah tahu apa yang dalam hati mereka kan? Ustaz bukan maksum. Tidak semua pelacur jahat.


Fitri : apa maksud kau?

Fahmi : kita menjadi hairan dengan pelbagai cerita tidak baik yang kita dengar pasal budak lepasan sekolah agama, bukan? Kita tidak boleh salahkan sekolah. Kita salahkan pelajar itu yang tidak mengamalkan apa yang dipelajari. Masa di sekolah dahulu mungkin baik, apabila ke university, seperti rusa masuk Bandar. Terkejut. Kita selalu memandang serong pada pelacur. Kita hina mereka, kata mereka itu perosak agama dan bangsa. Tetapi tidak pula kita bertanya, kenapa mereka membuat kerja2 itu? Tidak pula kita cuba bimbing mereka kembali dengan cara hidup yang betul!


Fitri : apa yang kita nampak baik, tidak semestinya baik dan apa yang kita nampak jahat pula tidak semestinya jahat.


Fahmi : ya, begitulah, fitri. Jahat atau baiknya seseorang hanya Tuhan yang tahu. Kita tidak layak hendak cakap apa2 kerana kita tidak ada penimbang. Tiada dacing yang boleh tahu dengan tepat samada dia ini jahat ataupun baik. Segalanya ada pada hati dan iman.


Fitri : sebenarnya, tiada orang yang hendak jadi jahat. Fitrah manusia, kea rah kebaikan. Itu yang Tuhan jadikan. Kejahatan itu manusia yang pilih. Sebab kita semua ada freedom of choice.

Fahmi : ya, hidup satu pilihan.

Fitri : bagaimana mengenai cerita aku?


Fahmi : tamat mengenai nilaian Tuhan. Kita balik macam mana nak cari cinta Dia. Cinta ini bergantung pada hidayahNya. Jika Dia hendak beri, Dia berilah. Macam biasa, jika kita hendak, kita kena berusaha. Kita berdoa dan mohon diberikan hidayah supaya merasai nikmatnya iman. Macam rasa cinta pada manusia juga. Sekiranya kita tidak cari,kita tidak dapat.

Fitri : betul kata kau. Payahnya orang melayu yang dilahirkan terus Islam bagi meluangkan masa fikirkan hal ini, kan? Sebab kita dianggap selamat, tidak perlu mencari. Tetapi bagi saudara baru, disebabkan mereka sudah menjumpai cinta Tuhanlah , mereka memeluk Islam.

Fahmi : kita tahu apa yang Tuhan suruh, apa yang Tuhan larang. Apa yang Tuhan suka, apa yang Dia tidak suka. Kita ikut dan patuh pun sebenarnya menunjukkan kita cinta pada Tuhan. Kita solat, puasa, dan menjauhi maksiat. Kita tidak mahu Dia murka pada kita. Daripada situlah bermulanya cinta seperti kita cintakan manusia, orang yang bercinta ini buta penderitaan. Apa sahaja sanggup dilakukan demi yang tersayang. Biar dia senang, tenang, riang dan gembira bersama kita.


Fitri : amboi, kau ini bercakap macam sudah banyak pengalaman. Kalahkan aku!


Fahmi : biasalah, pengalaman orang di sekeliling cukup memberi aku pengajaran.


Fitri : kau perli aku ya?


Fahmi : tetapi kita hendaklah sentiasa beringat. Walaupun kita cintakan manusia, balasan cinta yang mereka berikan semula pada kita tidak sama dengan apa yang Tuhan beri sekiranya kita cinta padaNya.


Fitri: selangkah kita hampir padanya,seribu langkah dia ke arah kita.macam lagu Raihan.tetapi kekasih kita tidak semestinya faham apa yang ada dalam hati kita.kita beri hadiah ,hargai ataupun tidak suka.tetapi kita memberi apa2 sahaja pun pada tuhan ,dia pasti menerimanya. dia masukkan di dalam akaun walaupun sekadar sebesar biji sawi, bukan?


Fahmi : begitulah…(senyum)


Fitri: tetapi,jika kita tidak dapat rasa cinta pada tuhan itu seperti kita cintakan manusia,bagimana kita hendak tahu cinta itu lebih daripada segala-galanya?


Fahmi: konsep reda, berserah pada ketentuan…yakini kekuasaannya melebihi kuasa lain.


Fitri: Boleh beri aku contoh?


Fahmi: reda. kita ditimpa musibah. fail exam,putus cinta,kehilangan orag yang tersayang,kita sabar,tidak salahkan takdir.kita tidak mogok ataupun tidak makan empat hari.kita masih sembahyang. teruskan kehidupan macam biasa. itu maknanya, keyakinan kita pada tuhan melebihi segala2nya di dunia ini. maknanya cinta kita kepada tuhan lebih daripada semua itu.


Fitri: Hmm…


Fahmi: itu apabila dalam kesusahan. dalam kesenangan ,ada pula konsep syukur.ujian datang dalam dua bentuk,susah dan senang.ramai orang lupa yang senang itu.contoh yang paling relevan pada zaman sekarang, kita keluar dating dengan kekasih. Seronoknya berjalan dan berbual, abaikan waktu sembahyang. Bukan tidak mendengar azan. Dating di KLCC, masjid besar sebelah sahaja. Tetapi sebab kekasih asyik kata, nantilah, kita jalan2 trus terlupa rasa bertuhan, rasa yang diri tu hamba. Tidak ada kuasa yang melebihi kuasaNya. Jika Dia murka, hendak menarik nikmat masa itu juga, Dia boleh buat. Jalan2, tersadung kaki. Tergeliat dan tidak boleh berjalan.


Fitri ; apa2 yang ada pada kita adalah milikNya. Kita tiada hak menyombong dan melupakan Dia. Konsep reda dan syukur, ukur cinta kita pada tuhan, samada lebih daripada segala ataupun belum. Terima kasih Fahmi. Kau sudah hilangkan resah hati aku. Aku yakin kita ini sudah mempunyai cinta pada tuhan.




Fahmi : Insya-Allah…Alhamdulillah, Dia member kita masa bincangkan hal ini hari ini. Terima kasih pada kau juga sebab buat aku terfikir sekali.

Fitri : fahmi, tolong ingatkan aku sekali ya? Aku takut aku terlupa nanti. Lebih2 lagi apabila sudah ada cinta lain. Kau faham, bukan? Aku hendak kau selalu tengok-tengokkan aku, tegur aku jika Nampak aku silap di mana2.


Fahmi : sama-samalah kita nanti ya? Aku pun bukannya maksum. Ada buat silap juga. Berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran. Itulah fungsi sahabat.



Sahabat, bercinta dengan Tuhan itu tak susah. Bercinta dengan manusia itu yang lebih payah. Dengan Tuhan, cintaNya tak da syarat. Sekiranya seorang hamba tu nak bercinta TuhanNya, bercintalah. Dia tak akan berkata,

“ kau hendak bercinta dengan aku, kena banyak duit.”

“ ada kereta, baru aku timbang-timbangkan.”

“boleh kau kuruskan badan dulu?”

Sebaliknya Tuhan berkata, “Selangkah kau dating padaku, seribu langkah aku dating padamu.” Tuhan sayangkan kita. Jika kita balas balik sayangNya, tentu dia gembira dan menghargai kita.

Apabila Tuhan menyintai kita, Dia melindungi mata kita daripada melihat maksiat, menutup telinga kita daripada mendengar maksiat dan menguncikan mulut kita daripada berkata perkara maksiat. Dia menutup hati kita daripada berhajat ke tempat2 maksiat yg tak mendatangkan apa2 faedah, malah keburukan pada kita.
Tuhan menyuruh kita meletakkan cinta yg mudah dan membawa keuntungan ini di tempat teratas. Bukan tak boleh menyintai yg lain, tetapi sebelum tu perlu cintakan Tuhan dulu. Apabila kita ingat Dia semasa kita cintakan manusia, kita dapat mengawal perjalanan cintatu supaya sentiasa terpandu dalam kebaikan. Pasti Tuhan meredhai dan merestui cinta kita pd yg lain.

Semoga kita sama2 dapat mencari cintaNya, cinta yg tak bersyarat tetapi masih berbalas. AMIN..=)

TAKKAN KAU RASAI INDAHNYA CINTA, ANDAI TIADA CINTA BUAT YANG ESA..

1 ulasan:

radin nurafiqah berkata...

Assalamualaikum...
"Aku memohon cinta-Mu (ya Allah), cinta sesiapa yang mencintai Engkau dan mencintai amal yang membawa aku dekat kepada Engkau". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)