05 Februari 2010

MEDAN TARBIYAH SEBENAR

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, akhirnya ada kesempatan utk menulis di blog yg tak seberapa ini..sudah lame tak update blog ini..
Sudah lama berakhirnya pilihan raya kampus di usm ni..macam-macam yg aku peroleh sepanjang menjadi wakil calon.. sangat banyak..
Sememangnya aku selalu mendengar bahawa PRK adalah MEDAN TARBIYAH..tapi waktu tu aku tak berapa nak faham sgt..ye lah..belum terjun lg ke medan tersebut..tak tau camana nak imagine..

Bila dah turun ke medan ini baru aku tahu apakah tarbiyah yg dimaksudkan..
Aku belajar erti sabar yg sebenar, tidak terburu-buru, bertolak ansur, bersangka baik dgn sahabat2 yg rapat dan juga biasa2..erti nilai SAYANG pada sahabat2.. dan yg paling besar bg aku adalah PENGORBANAN..hmm sbnarnya mgkin banyak lagi tp tak dpt nak listkan di sini..

Aku amat bersyukur kerana ditakdirkan utk terjun dalam medan ini yg bagi aku mmg banyak yg dpt aku pelajari..
Ia sekaligus menjadi nilai tambah bg aku utk mbentuk diri mnjadi seorg hamba, mukminah yg solehah..insyaAllah, kerana aku tahu diri ni mmg kurang dgn pkara2 tersebut..
Aku amat bersyukur memiliki sahabat2 yg amat sabar dan bertolak ansur. Pastinya ia mrupakan salah satu nikmat drpd Allah SWT..”Maka, nikmat apakah yg kamu dustakan??”
Aku tahu mungkin ada yg kurang bersetuju kenapa perlu masuk PRK ini..”study je la..ye la..kan matlamat kita dtg U ni nak dapatkan segulung ijazah..mesti la nak kejar pointer tinggi2..tak ya la nak sibuk2kan diri dgn benda2 yg ni sume..perlukah??”
Bagi yg berpendapat demikian, aku tak salahkan mereka krana brpandangan demikian kerana mereka tak faham akan apa MATLAMAT masuk PRK ni..hmm mungkin aku akan cuba rungkaikan satu2..Ya Rahim, permudahkanlah..

Kenapa masuk PRK..pastinya tujuan utamanya adalah utk Ubudiyyah kpd Allah.. utk beribadat kpdnya..

Ibadah itu sahabat2 sekalian bukan dok atas sejadah semata2 tapi ianya adalah keseluruhan aspek dlm kehidupan kita. Dari sekecil2 perkara iaitu masuk ke tandas hinggalah ke sebesar2 perkara..Bukankah islam itu adalah ad-din..iaitu cara hidup. Pastinya kehidupan ini tak dapat dipisahkan dgn siasah/ politik. Hubungan kita dgn kwan2 sehari-harian itu pun adalah siasah..bagaimana kita berinteraksi dgn kwn dsbgnya.. oleh itu bagaimana mungkin islam terpisah daripada siasah.. org kurang normal pun akan menafikannya krana tak mungkin dia tak bermasyarakat..
Bagaimana caranya berubudiyyah melalui siasah? Dengan cuba utk berDAKWAH melalui salah satu wasilah yg ada iaitu MPP. Sbnarnya bnyak lg wasilah yg ada dan MPP adalah slh satu drpdnya.. bila sudah mnjadi MPP, insyaAllah kerja2 dakwah akan brjalan dgn lancar.. melalui program2 dan sbgnya.

Hmm bagi yg berpendapat masuk U ni matlamatnya hnya nak study dan kejar pointer semata2 , mungkin anda perlu pertimbangkan semula matlamat anda itu.. ye la..kalau nak study je fikirannya memang pastinya tak berkembang dan tak ambil tahu isu semasa, tak ambil pusing dgn perkara2 yg berlaku di sekelilingnya..hanya bangun tidur, pergi ke kuliah, gi café, makan, balik ke bilik, makan lagi, kemudian siapkan assignment pastu tidur..begitukah putaran hidup yg sepatutnya terjadi sbg seorang mahasiwa? adakah itu saja yg mahasiswa/I cari? Pernahkah dengar kata-kata bahawa suara mahasiswa mampu menggoncang dunia? Hmm mahasiswa spatutnya mnjadi suara dan harapan masyarakat.. bukannya golongan yg sentiasa mengikut dengan sistem yg ada tanpa mengkajinya terlebih dahulu dll. Jika begitu anda layak dianugerahkan sbg pengikut yg setia..

Adakalanya kita tak peru sentiasa mengikut, kerana pastinya tiada percambahan minda berlaku..(mungkin ada yg kata asyik nak membangkang sahaja) hmm positif la skit..cuba ubah pandangan anda..apalah salahnya jika kita sama2 mengkaji dan brainstorm terlebih dahulu kemudian kita buat check and balance.. yg baik kita kekalkan dan tingkatkan prestasinya tapi yg buruk itu perlu diubah kerana khuatir akan kesannya jangka masa pendek mahupun panjang dan dicari penyelesaiannya yg terbaik..insya-Allah
Semoga dengan perkongsian yg sedikit ini memberi pengetahuan serba sdikit pd sahabat2 sekalian.

Semoga Allah Meredhai~

Tiada ulasan: