04 September 2009

Kitab : KITAB SIFAT ZUHUD DAN LEMAH LEMBUT



Bab : Bab Ditegah Memuji Secara Berlebihan Dan Dikhuatiri Akan Menimbulkan Fitnah Kepada Orang Yang Dipuji

5319. Hadis Abu Bakrah r.a katanya:
Seorang lelaki telah memuji seorang lelaki di hadapan Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Celaka kamu! Kamu telah memenggal leher temanmu. Kamu telah memenggal leher temanmu. Rasulullah s.a.w mengulangi ucapan tersebut beberapa kali. Sekiranya seseorang di antara kamu mesti memuji sahabatnya maka hendaklah dia berkata aku kira si anu itu begini-begini, Allah lah yang lebih mengetahui tentang dirinya. Aku tidak memuji sesiapa pun di hadapan Allah. Aku menghitungnya (memujinya) begitu dan begini sekiranya dia memang mengetahui hal itu.


5321. Hadis Abu Musa r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah mendengar seorang lelaki sedang memuji seorang lelaki secara berlebih-lebihan, lalu Rasulullah s.a.w segera bersabda: Sesungguhnya kamu telah menghancurkan atau memotong belakang seorang lelaki.

p/s: teringat pesanan kak hidayah nawawi, kalau betul orang tu ikhlas betul-betul nak puji, dia takkan puji. Dia hanya memuji Allah di dalam hati tentang kecantikan atau kelebihan yg ada pd seseorang..Ya Allah, jauhkanlah kami dari fitnah.

2 ulasan:

Nurul Amal berkata...

yasha,
aku pun masih teringat2 kata2 kak dayah nawawi masa usrah kita sem lepas..
kata beliau"org yg btul2 ikhlas tidak akan terlalu tamak untuk memuji org yg patut dipuji"..kerna sedar sgalanya nikmat Allah..
lagi katanya "pujian ibarat membuka laluan neraka bagi seseorang..'
ingt lg kan..
fi amanillah..
=)

RaJa UmIr YaShA berkata...

to jauh hati: hmm btul tu..jjurnya rse gram kat org yg ska puji..bkn x bsykur tp rso dgn pujian yg kta dpat tu mnybabkan kta jauh dr Allah..nauzubillahiminzalik..