05 Mac 2011

Penting!

1. Pentingnya menjaga iman, rasa taqwa dan setiap syariatNya pada setiap langkah kehidupan.

2. Islam tidak memerlukan kamu, tetapi kamu lah yang memerlukan Islam, untuk bahagia…untuk selamat dunia akhirat, untuk hidup penuh taat.

3. Jadikan saat kematian kita pada jalan Allah dalam keadaan kita suka menemui Allah dan Allah suka menemui kita. Dengannya kita beroleh satu kematian yang disifatkan sebagai kematian yang baik – husnul khatimah. Iaitu kematian yang terpuji bagi orang yang beriman menepati firman Allah;

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.”(Al-Fajr:27-30)

Tiada ulasan: