15 Januari 2011

MANIS Pmiusm


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbr.. walaupun program anjuran PMIUSM ni dah lepas.. sedikit sebanyak, nak berkongsi juga dgn para bloggers sekalian..

MANIS= Mahasiswi Nadi Insan Sepanjang Zaman.



Comel kan yg pakai tudung pink dan berjaket labuh koko tu? :P


Program ini sebenarnya dibuat bersama adik2 di Pusat Pemulihan Taman Seri Puteri (TSP). Kami bertolak pada hari jumaat jam 4 pm macam tu dengan niat untuk bantu adik2 utk kenal Allah.

Alhamdulillah, dengan izin Allah kami pun selamat tiba di sana dalam jam 7-8 malam.. sesampainya kami di sana, kami pun punggah segala macam barang dlm "perut" bas USM yg kami sewa.. macam2 ada.. talam, bakul t-shirt labuh, stokin, badges dan lain-lain..

Selepas itu, kami pun mula susun dan kemas dewan yg bakal kami gunakan bersama adik TSP nanti sambil beramah mesra dgn fasi-fasi dan ajk-ajk yg terlibat..

Tiba-tiba, terdengar bunyi siren menandakan adik2 TSP da sampai ke tempat program..
Untuk pengetahuan, para peserta dari TSP tak dibenarkan utk tidur dalam kwsn prgram ni sebab mereka kena tidur di asrama mereka sndiri.. Ini kerana pengawal keselamat kena sentiasa mnjaga mreka.. (sentiasa kena escort)

Kami pun menyambut kedatangan mereka dgn senyuman ramah, salam dan berlaga pipi.. ;) Walaupun muka adik2 ni ade yg macam kena paksa (tak happy), senyuman kami masih tak lekang dari bibir kami.. dalam hati saya ada harapan utk mereka.. semoga mereka dpt "sesuatu" drpd program ini..

Program pun bermula.. dgn ice breaking atau sesi taaruf dgn adik2 ni.. sebagai fasilitator seperti biase kena mulakan dulu.. kali ni, sesi taaruf agak berbeza sdikit.. kami kena kenalkan diri msg2 smbil melilit tali rapia di jari, smpailah hbis kenalkan diri, lepas tu kena baling kt ahli kump juga..sehinggalah terbentuknya "sarang labah2" yg menyerabutkan.. ;)

kami pun terus berbual dan beramah mesra sesama kami, sehinggalah ajk dtg ke kumpulan kami utk menge'test' kekuatan srg labah2 kami..apa lagi.. suasana bertambah meriah bila adik2 kelam kabut utk menampung bhgian yg ada lubang besar sambil ketawa dgn riangnya..

alhamdulillah, sarang labah2 kami berjaye!! selepas selesai, kami pun bincang apakah motif permainan ini...adik2 pun mendengar khusyuk...

Hari demi hari pun berlalu, program demi program sudah pun berjaya dilaksanakan..
Tibanya slot 'Miracle of Life' lebih tepatnya slot muhasabah..drpd pengalaman lepas, jika para peserta menangis pd slot ini, tandanya prgram ni berjaya. hanya ukuran manusia..subhanallah wa masya-Allah....semalaman fasi dan ajk terlibat berbincang utk mbuat ssuatu yg adik2 blh 'tersentuh' dan alhamdulillah, ia berhasil.. fasi-fasi dan ajk bertungkus lumus memujuk dan memberi kata-kata nasihat dan motivasi kpd adik2 yg kebanyakannya dah terlanjur..

Usai slot ini, timbulnya kegusaran dihati kami.. sampai bilakah adik2 ini akan terus konsisten utk perbaiki diri?

Tiada ulasan: